BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FRIENDS FOREVER


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 23, 2015

Suksis my new Family

Assalamualaikum,

Baru-baru ni ada dua org ahli suksis accident. Aku sangat-sangat terkejut. Dua orang ahli suksis tu namanya piqa mail dengan shadia (yaya). Malam lepas maghrib, diorang pergi giant nk belikan makanan untuk budak perempuan suksis sarapan keesokan harinya. Dalam kol 8 lebih diorang siap bagi gambar dekat dalam wasep yang diorang tengah belikan mkanan roti utk kitorang. Lepastu, dalam pukul 9 lebih gitu dapat berita ada budak usim accident and lebih detail lagi budak suksis. Aku dapat tahu dari grup wasep kos aku sbb aku bukak wasep grup tu dulu lah kan. Pastu bukak grup wasep suksis baru tahu cerita dengan lebih lanjut. Diorang on the way balek naik motor, tetibe ada kete viva putih langgar diorang and accident. Tapi kete tu tak berhenti pon. Kire langgar lari. Bile dapat tahu langgar lari mmg hati ni membara. Tak bertanggungjawab betul kete tu. Biar Allah bagi balasan yang setimpal dengan pemandu kete viva putih tu. Piqa mail yang bawak motor and yaya pembonceng. Orang awam ramai tolong diorang. Then diorang dikejarkan ke hospital seremban. Piqa mail cedera ringan tapi yaya cedera teruk sampai patah tulang belakang. Alhamdulillah sekarang piqa mail makin sembuh dan yaya walaupon patah tulang belakang tapi dia kuat hadapi dugaan ni. Ramai ahli suksis datang melawat yaya. Inilah namanya keluarga. Aku tak pernah lagi lawat yaya sbb takde transport. Ada je ahli suksis ada kete tapi selalu full. Ramai ahli suksis nak lawat jadinya aku give up, mendiamkan diri utk bagi diorang pergi konvoi sesama. Aku salute yaya sbb dia kuat and sangat high-spirit. Aku sentiasa doakan kesejahteraan diorang. Semoga cepat sembuh piqa dan yaya. Itu sahaja dari saya.

Monday, November 16, 2015

Go away disease

Assalamaualaikum semua.

Semenjak ni, aku asyik sakit je. Hari tu demam lama sangat. Lepas dah baik demam, tekak pulak rasa pahit. Nak makan mmg tak termakan sampai susut badan aku. Dah lama sikit alhamdulillah sihat balik. Tapi masih rasa pening-pening, rasa sakit badan tak hilang. Nak jogging untuk persediaan ujian lari 2.4 km untuk suksis pun dah pancit. Satu round je dapat jogging , lepastu jalan. Memang pancit habis sebab sebelum ni demam. So, dah lama lah tinggalkan jogging. InsyaAllah, aku try improve balek. Just now, tangan aku naik bintik-bintik. Tak tahulah bintik sebab habuk ke, gatal ke. Harap sangat bukan something serious. Rasa sedih sangat sebab diri ni banyak kali sakit. Mmg rasa nak nangis bila difikirkan balik. Ya Allah jika inilah satu cara untuk hapuskan dosa aku, aku terima sakit ini. Ampunkan dosa-dosa aku ya Allah. Harap sangat lepas ni tak sakit lagi. Maka, itu sahaja dari aku. Assalamualaikum

Sunday, November 1, 2015

Demam lagi

Salam bloggers,

Huuuu, aku demam lagi. I don't know why selalu sangat demam. Tapi kan aku demam tak batuk tak selsema tak rasa tak bermaya. Peliklah. Why ha? I'm afraid that it is something serious. Ya Allah. Ampunkan dosa hambamu Ya Allah. Hmmmm, risaulah. Should i see doctor? Tapi ubat ngan kool fever dah ade. Smlam dah pkai hari ni panas lagi. Why ha? Guys please pray for me that i will heal fast. Besok dah ada test algebra. Nasib dah study. Hee. Bye bloggers

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah diucapkan kepada readers blog ni. Apakah azam anda semua? Hahahaha. Harapnya azam tu yang baik2 lah tak nak yang buruk ye. Azam aku? Azam aku buat yang terbaik selagi boleh. Actually tak ada azam pun. Just living my life like usually. Right now, aku sebolehnya nak menjaga kecantikan muka. Kenapa? Hahahahaha. Ada lahhhh. Hahaha. Kita makin dewasa so diri ni kena lah pandai jaga. I am trying so hard right now nak hilangkan parut kat muka ni. Hmmmm, any recommandation u guys can comment below. It would be really helpful. I'm gonna end this post now sebab jap lagi ada discussion. So, bye

Saturday, October 10, 2015

Weekendddddd

It's weekend!!! Biasanya weekend ni lah masa aku mereput sesorang dlam bilik dengan berangan jeeeee. Hahaha. Tu kat rumah. Kalau dah kat usim ape lagi. Assignment bertimbun, baju bertimbun nak kene basuh and gosok. No time to berangan. Sometimes je la rajin kan. Hmmm dah nama weekend. Actually hari ni ada fimacs. Seminar kerjaya untuk fimacs. Tapikannnnn. Patut ke tak aku cakap ni ehhh???. Malu laaaaaa. Tapi aku terlajak tido pagi tadi so aku tak pergi. Hmmmmmmm. Kalau takde hanim, macam ni lah aku. Malu lah. Hehe. Tapi nak wat cane kan. What's past is past.

Tuesday, October 6, 2015

Demam

Assalamualaikum :)

Minggu lepas aku demam. Hmmmmm. Sekarang baik dah. Tinggal batuk je tak baik lagi. Hahaha. Demam haritu kan kene lepas latihan suksis. Hahahaha. Maybe sebab terkena hujan kot and tak makan. Hahaha. Silly me. Demam kejap naik kejap turun. Ha, time demam pergi lah klinik usim. First time kot pergi klinik usim. Bagus jugak tempat dia. Tak yah tunggu lelama. Ye lah sebab tak ramai orang. Actually ramai tapi ramai yang nak wat medical check up. Ni mesti budak 2nd intake ni. Kesian diorang tak sempat buat sebelum masuk usim. Hehe. Anyway, aku dah sihat walafiat. Alhamdulillah. Time demam, semua kerja trgendala. No tastebud, mmg feel like tortured la demam. Hmmmmm, harap sangat tak demam lagi dah untuk tahun ni. Aku ingatkan metabolisma aku tinggi. Huhu. Ni mesti tak makan buah. Start masuk usim memang langsung tak sentuh buah sebab susah jumpaaaaaaaa. Kalau ada pon dekat student mall. Itu pon kalau aku ade kelas yang berdekatan dengan student mall bolehlah beli. Tapi seriously, tak makan buah lagi sejak masuk usim. Hmmmmm. Kenapa lah kafe tak jual buah. Kalau lah boleh bawak freezer kan senang. Brrrr. Rindu kknc. Oke . dah lah nak tido. Besok ade koko. Kawad suksis. Harap sangat aku dapat tahan dengan kawad. Tak nak lagi pitammmmmm ><

Sunday, September 27, 2015

Keseorangan Di Rumah

25 September haritu iaitu hari Jumaat, family aku nak pergi Terengganu sebab anak buah ayah aku kahwin. Disebabkan assignment aku melambak, aku decide tak nak ikot family aku pergi terengganu even mak kata nanti mandi laut. Hahaha. So, tinggal aku sorang je lah dalam rumah kan untuk 2 hari. Jumaat tu diorang gerak pagi dalam pukul 8 lebih gitu. Nasib mak dah buatkan sarapan, tak payah lah aku masak. Hahaha. Lepas diorang sume dah pergi, aku karok je lah kat rumah. Hihi. Nasib ada kete myvi. Tengahari tu keluar pergi jusco dengan cha, bestfren aku sejak sekolah rendah. Tengok wayang citer maze runner. Besssttttt. Pastu pegi kedai harris carik buku mewarna yang tengan popular sekarang ni. Masuk je harris terpampang buku tu kat entrance. Ape lagi teros amek ah sebab buku tu pon nak habes pastu beli lah pensel warna. Buku tu harga 35 rggt tapi ade diskaun kalaw beli pensel warna faber castel. Pensel warna 15 rggt, bile dah diskaun 30% dengan member card nye lagi, total jadi 36.50. Gile an? Happy gile sebab dapat murah. Hahahha. Malam tu kat rumah aku dah start mewarna buku tu padahal assignment melambak. Hahaha. Malam tu jugak aku tak boleh tido sebab risau ade pencuri masuk. Ye lah, trauma la sebab sebelom ni rumah pernah kena masuk pencuri. Everytime dengar bunyi kereta berhenti depan rumah ke, bunyi tapak kaki depan rumah ke, sume bende yang berbunyi kat depan rumah ke, aku dah start cuak. Ade lah jugak lelap sekejap pastu sedar sebab bunyi la. Dalam pukul 3 lebih, aku pergi toilet, tengah buang air ni tetiba dengar bunyi tong sampah gerak kat luar. Kuat bunyinye, lagilah aku cuak. Takut pencuri masuk lalu pintu tong sampah depan rumah. Aku cepat2 keluar toilet, pastu nampak tambey (kucing aku) tersedar. Tambey tadi tido nyenyak pastu tersedar maybe sebab dengar bunyi tadi lah kan. Aku tengok mata tambey macam takut jugak. Aku dah start menggigil ketakutan. Aku beranikan diri selak langsir tengok kat tingkap tapi tak ada sesape. Tapi nampak lah tong sampah tu memang ada orang gerakkan. Tapi tak nampak langsung kelibat orang. Tunggu punye tunggu tetibe dengar macam bunyi lori. Tunggu lagi, rupanya lori tong sampah. Damn, lega lah sikit sbab bukan pencuri. Memang lega habis. Hahaha. Lepas lori sampah tu belah, baru aku boleh tido sebab masa tu dah pukul 4 lebih. Aku pikir pukul 4 ni pencuri dah tak masuk. Then tidurlah aku dengan nyenyak nye tapi bangun pukul 7 lebih gitu. Hahahaha.

Wednesday, September 23, 2015

Pagi Raya Aidiladha

Assalamualaikum,

Hari ini adalah Hari Raya Aidiladha. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha! Kepada yang di perantauan juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha khasnya untuk kakak saya. Kakak saya tak balik raya ni, dia raya rumah makcik kami. Well, everything is going well. Semalam malam baru sampai kampung dari usim. Alhamdulillah selamat sampai. Pagi ini agak sedih sebab tadi ada family arguing antara pakcik dengan makcik. Rasa nak nangis pon ada sebab rasa bersalah dengar mereka bergaduh. Hmmmmm. Alhamdulillah dah reda pergaduhan ini. Abah aku sebolehnya nak redakan pergaduhan ni. Bagus abah. Sayang abah. Anyway, while waiting for the guys to come back from solat raya, I'm hearing khutbah raya kat tv alhijrah. Tajuknya korban sebaik-baiknya kalau tak silap. Okay, so I'm gonna end this here. Selamat Hari Raya semuanya!

Sunday, September 20, 2015

Oh Male Model...

Assalamualaikum...
Hari ini aku ada 3 kelas. Pukul 8 pagi sampai pukul 10 ada kelas algebra. Tapi kelas nye sekejap je sebab tajuk hari ni kitorang belajar sangat sikit dan kite dah pernah belajar masa tamhidi and sekolah menengah dulu. Tajuk set. Ingat tak? Hahahahah. Dalam pukul 9 dah habes kelas. Sekarang ni ada gap masa untuk kelas seterusnya iaitu pada pukul 3 sampai 4 petang. Lama kan. Tengah boring ni tu yang rasa nak mengupdate. Haha. Jap lagi katanya ada perjumpaan pelajar financial math dari 4th year sampai 1st year. Nak bincang pasal family day kitorang bulan depan. Katenye buat kat kalumpang Selangor. First time dengar Kalumpang kot. Selama ni tak tahu pun wujudnya Kalumpang. Haha
. Baru baru ni kan, aku obses dengan model lelaki la. Hahaha. Ini pengaruh Taylor Swift la ni. Kebanyakan video taylor swift banyak yg hero nye model. So aku terpengaruh la. Hensem2 kot hero dalam video taylor swift. Salah satunya yang dalam video Blank Space. Sumpah handsome nak mati. Hahaha. Rasanya sampai sini kot. Bawah ni gambar2 model lelaki yang aku stalk and ade yang jadi wallpaper fon aku. Hahaha.

Menunggu Maghrib

Besok hari Isnin and ade kuliah. Sementara tengah tak busy ni nak potpet jap. Aku tinggal kat kolej kediaman 1 iaitu dalam usim. Setiap hari kepanasan kalau baring atas katil sebab kipas nye bukan kene katil tapi kene simen. Even dah bukak laju mana pon kipas tetap rasa panas. Dugaan2. Kekadang kalau dah panas sangat tido je atas lantai hah. Roommate aku Mai setiap hari tido bawah. Hahaha. Memang dia conquer la lantai. Hahahahaha. Aku kekadang je tidur lantai. Selagi boleh tahan kepanasan tidurlah atas katil.

Malam ni nak pergi jogging kat pavilion. Is it weird? Sebab dah banyak kali kot jogging kat pavi memalam. Best and puas jogging memalam sebab gelap and tak ramai orang and lagi satu sejuk. Setakat ni rekod aku jogging tanpa henti adalah sebanyak 3 lap. InsyaAllah malam ni kalau boleh nak 5 lap tanpa henti. Nak bina stamina ni. Lagi satu, nanti suksis ade latihan fizikal kene lari. Sebab itulah kene praktis dari awal. Heeee~

Itu sahaja dari saya. Assalamualaikum~

Saturday, September 19, 2015

20 Sept 2015




Assalamualaikum!!!
Sesungguhnya blog saya ini lama sangat tak diupdate. Makanya, hari ini lah saya akan mengupdate. Tengah bosan ni tu yang rajin nak mengupdate ni. Okay, so, what I'm gonna write about is hmmmmmm.... Okey , I'm just gonna talk about what i am doing now, where do i study, where am i now bcus it's been too long i haven't updated this blog like 1 years? Maybe.

So, I am currently studying in Universiti Sains Islam Malaysia. U heard it , Islamic Science University of Malaysia. So, I am now in the first year of bachelor in Financial Mathematics. Dalam kos aku ni ade 1 kuliah je and total pelajar FM first year adalah 40 orang. Sikit kan? Paling sedihnya kaum adam hanya ada 2 orang sahaja. Well, it's really near the end of the world. Kitorang baru 3 minggu daftar masok U so I am on the freshman year.

Oh yeah, bile dah masuk degree, koko kene aktif. Do u wanna know what my koko is? Well, it's SUKSIS. Acronym for Sukarelawan Siswa Siswi. This koko is under PDRM ( Polis Diraja Malaysia). I am so grateful sebab terpilih sbagai ahli suksis. I really want to join suksis and my dreams come true. But , i felt really guilty towards people who doesn't get to be in suksis. Let me tell you a story. On the 1st weekend in usim. Suksis buat interview untuk sesape yang nak join suksis. In the 1st interview, they will check your height and weight. After that, they will check your eyes and kelurusan tangan kamu. Lepas tu, dia akan check cara kamu kawad and beri koman. Nak bagi koman tu mmg susah. Orang yg suare dia tegas and kuat mmg senang lepas. Aku 3 kali koman baru lepas. Haha. Alhamdulillah 1st interview lepas. 2nd interview pulak pada minggu kedua. Tapi malangnya aku tak pergi interview tu sebab ade charity run pada hari yang sama. Mase tu berserah je lah kat Allah. Sebab ingatkan kalau tak pegi interview tu teros kick. Tapi minggu depannya nombor tak dikenali masuk. Aku angkat lah. Rupenye orang suksis cakap aku terpilih jadi ahli suksis. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Kawan aku hanim sampai menjerit2 happy dapat suksis jugak. Rezeki Allah alhamdulillah. Itu yang rasa bersalah kat orang lain yang tak dapat suksis tu. Sebab ade yang pergi interview kedua tapi tak lepas. Aku tak pergi interview kedua pon lepas. Alhamdulillah ya Allah, memang bersyukur sangat.

Okey, rasanya sampai sini je yang aku dapat ceritakan sekarang. I feel relieved after writing about this story. Seronok dapat share kebahagiaan dengan online reader. That's all from me. Till next time