BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MY FRIENDS FOREVER


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 27, 2015

Keseorangan Di Rumah

25 September haritu iaitu hari Jumaat, family aku nak pergi Terengganu sebab anak buah ayah aku kahwin. Disebabkan assignment aku melambak, aku decide tak nak ikot family aku pergi terengganu even mak kata nanti mandi laut. Hahaha. So, tinggal aku sorang je lah dalam rumah kan untuk 2 hari. Jumaat tu diorang gerak pagi dalam pukul 8 lebih gitu. Nasib mak dah buatkan sarapan, tak payah lah aku masak. Hahaha. Lepas diorang sume dah pergi, aku karok je lah kat rumah. Hihi. Nasib ada kete myvi. Tengahari tu keluar pergi jusco dengan cha, bestfren aku sejak sekolah rendah. Tengok wayang citer maze runner. Besssttttt. Pastu pegi kedai harris carik buku mewarna yang tengan popular sekarang ni. Masuk je harris terpampang buku tu kat entrance. Ape lagi teros amek ah sebab buku tu pon nak habes pastu beli lah pensel warna. Buku tu harga 35 rggt tapi ade diskaun kalaw beli pensel warna faber castel. Pensel warna 15 rggt, bile dah diskaun 30% dengan member card nye lagi, total jadi 36.50. Gile an? Happy gile sebab dapat murah. Hahahha. Malam tu kat rumah aku dah start mewarna buku tu padahal assignment melambak. Hahaha. Malam tu jugak aku tak boleh tido sebab risau ade pencuri masuk. Ye lah, trauma la sebab sebelom ni rumah pernah kena masuk pencuri. Everytime dengar bunyi kereta berhenti depan rumah ke, bunyi tapak kaki depan rumah ke, sume bende yang berbunyi kat depan rumah ke, aku dah start cuak. Ade lah jugak lelap sekejap pastu sedar sebab bunyi la. Dalam pukul 3 lebih, aku pergi toilet, tengah buang air ni tetiba dengar bunyi tong sampah gerak kat luar. Kuat bunyinye, lagilah aku cuak. Takut pencuri masuk lalu pintu tong sampah depan rumah. Aku cepat2 keluar toilet, pastu nampak tambey (kucing aku) tersedar. Tambey tadi tido nyenyak pastu tersedar maybe sebab dengar bunyi tadi lah kan. Aku tengok mata tambey macam takut jugak. Aku dah start menggigil ketakutan. Aku beranikan diri selak langsir tengok kat tingkap tapi tak ada sesape. Tapi nampak lah tong sampah tu memang ada orang gerakkan. Tapi tak nampak langsung kelibat orang. Tunggu punye tunggu tetibe dengar macam bunyi lori. Tunggu lagi, rupanya lori tong sampah. Damn, lega lah sikit sbab bukan pencuri. Memang lega habis. Hahaha. Lepas lori sampah tu belah, baru aku boleh tido sebab masa tu dah pukul 4 lebih. Aku pikir pukul 4 ni pencuri dah tak masuk. Then tidurlah aku dengan nyenyak nye tapi bangun pukul 7 lebih gitu. Hahahaha.

No comments:

Post a Comment